Fri Aug 28, 2009 3:57 pm by Admin
RAMADHAN MENJELMA LAGI
Marhaban Ramadhan.. Selamat datang bulan ramadhan yang mulia penuh barokah. Nampaknya tahun ini Bulan Ramadhan jatuh pada bulan Ogos 2009.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita bertemu dengan bulan yang penuh dengan kebajikan di mana di dalam nya terdapat satu malam yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang bertaqwa iaitu malam Lailatul Qadar (Malam yang lebih baik dari seribu malam)
Patutkah kita membiarkan ramadhan berlalu begitu sahaja? Terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada ingin mengambil peluang dibulan ramadan ini untuk beramal ibadah atau pun meneruskan aktiviti yang sama di bulan yang lain. Tapi bagi saya peluang ganjaran pahala dari Allah Taala pada bulan ini tidak patut dilepaskan kerana ianya tidak akan kita perolehi di bulan lain.
Mungkin Lagu dendangan Man Bai dan Raihan ini agar menyuburkan iman kita di bulan yang mulia ini.
“Harapan Ramadhan”
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua..
» Svr International
» Ceramic Business Focus Berhad
» Ha!!! semua salam perkenalan
» Peraturan berforum
» Promosi Besar-besaran
» Mesej Untuk Anda